Isnin, Oktober 06, 2008

new

my birthdays yg ke.... baper erk... 13,0ct......

Hot Comments
MySpace Graphics at GlitterBell.com
Birthday Comments



SIFAT TAKBUR PENYAKIT JIWA MEMBINASA DIRI

Bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya. Sifat takbur adalah merujuk atau sinonim kepada sifat-sifat sepertri sombong, angkuh, bermegah-megah, ego dan menganggap orang lain atau puak lain lebih rendah daripada dirinya atau puak/golongannya.

Sifat ini tergolong dalam kumpulan sifat-sifat keji (mazmumah) dan tidak disukai sama sekali oleh Allah S.W.T, sebagaimana peringatan Allah di dalam surah An-Nahl ayat 23: Maksudnya:"Sebenarnya, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur itu".Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada Abu Zar r.a.:"Wahai Abu Zar! Barangsiapa yang mati manakala di dalam hatinya ada sebesar debu daripada sifat-sifat takbur, maka dia tidak akan mencium bau syurga kecuali dia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya".