Sabtu, September 20, 2008

Bams Samsons Nafi Intim Dengan Aura




Susunan Ellyna Ali


JAKARTA, 17 SEPT 2008: Kisah cinta vokalis Samsons, Bams memang kerap kali menjadi santapan hangat media. Selain dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa aktres jelita, Bams kini dilaporkan semakin intim pula dengan penyanyi Aura Kasih.


Apabila ditanyakan mengenai soal kesasihan berita tersebut, Bams nampaknya lebih gemar mengambil sikap untuk mengelak daripada memperkatakannya.


"Kami rapat kerana berada dalam satu pengurusan yang sama. Bukan disebabkan hal-hal lain. Memang saya ada terdengar gosip tersebut. Tapi, bila saya dengar, saya terus tertawa. Gosip itu bagi saya sangat lucu.


"Sampai sekarang pun kami masih lagi berkawan biasa. Ada kalanya kami menonton filem di panggung sama-sama. Tapi bukan hanya berdua, sebaliknya ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain.


"Kalaulah hanya disebabkan itu, orang mahu menganggap bahawa kami punya hubungan yang lebih daripada itu, terserahlah," katanya kepada pihak media.


Saat ditanya, apakah Aura Kasih memiliki kriteria gadis yang diidam-idamkannya selama ini, Bams berkata, tidak usahlah perkara itu dibahaskan lagi.


"Tidak bererti apabila saya ini seorang public figure, saya harus kongsikan banyak rahsia untuk tatapan masyarakat umum di luar sana. Lagipun, saya juga hargai kehidupan orang yang digosipkan dengan saya itu," katanya.


Mengenai kecenderungan memiliki teman wanita yang beragama Islam, Bams tidak menganggap ia sebagai satu bebanan buat dirinya.


"Kalau saya sudah mencintai seseorang perempuan itu, saya tidak melihat dia dari sudut agama tetapi keperibadiannya. Yang penting, kalau dia sesuai untuk saya, saya akan terima saja," katanya.


Tiada ulasan: