Sabtu, September 20, 2008

Xfresh Siar Ucapan Raya GengMurai




Tahun demi tahun, teknologi di dunia ini semakin canggih. Dulu, ucapan hari raya hanya boleh dibaca dan diterima melalui kiriman kad raya semata-mata tetapi sekarang sudah ada banyak platform lain. Antaranya e-mel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).. Pun begitu, kad raya masih tidak dilupakan kerana ia menjadi tradisi menjelang lebaran.


Bagaimanapun, ucapan yang dihantar itu menjadi lebih bermakna sekiranya ianya dibaca oleh insan bergelar selebriti. Lebih menarik lagi, ia disiarkan dalam salah satu program raya.


Kesemua ini boleh direalisasikan jika anda bergelar GengMurai di portal hiburan ini. Dengan menghantar foto dan ucapan raya di ruangan Perantau R & R, anda boleh menjadi salah seorang daripada GengMurai bertuah.


Ruangan ini disediakan khas buat GengMurai tidak kira di mana jua anda berada khususnya bagi yang tidak dapat balik kampung beraya tahun ini. Ia mendapat kerjasama oleh stesen radio popular Xfresh. Maksudnya, ucapan anda itu akan dibacakan penyampai Xfresh iaitu DJ Shac di pagi Aidilfitri nanti.



Tambah menarik, DJ Shac akan menghubungi dan memberi peluang kepada GengMurai untuk menyampaikan ucapan masing-masing pada hari itu.


Jadi apa tunggu lagi. Tarikh tutup penyertaan untuk ucapan dibacakan Xfresh ialah pada 22 September 2008. Pastinya peluang ini akan menjadi satu kenangan manis buat anda pada hari raya nanti.


Klik di sini untuk menghantar ucapan raya

Tiada ulasan: