Sabtu, September 20, 2008

Majlis Berbuka Puasa Astro Meriah

Media Galeri




Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 16 SEPT 2008: Seramai kira-kira 40 orang artis terkenal tanah air telah hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Astro 2008 yang berlangsung di Dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, petang semalam.


Antara yang kelihatan adalah Sarimah Ibrahim, Que Haidar, Liyana Jasmay, Dynas, Azwan Ali, Aznil Nawawi, Iqram Dinzley, Izwan Pilus, Sherry Ibrahim, Ashraf Muslim, Linda Onn, Awal Ashaari, Zainal Alam Kadir, Linda Jasmine, Harun Salim Bachik, Julie Dahlan, Hanny Nurzara, Tam Suhaimi, Ramli MS, Syed Izmir, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Nazril, Farish Aziz, Ibrahim, Norman KRU, Anne Abdullah, Yusry KRU, Aaron Aziz dan Alam Band.


Tidak terkecuali dari bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) seperti Riz, Fitri, Zahid, Farah, Edlin, Mawi, Idayu, Akma, Farhan, Nora, Hazama, Ika, Mama Rina, Nubhan, Toi , Stacy, Lufya serta Yana.


Sungguhpun begitu, artis yang benar-benar menjadi tumpuan ramai wartawan hiburan adalah calon isteri Mawi, Ekin, Que Haidar serta Linda Onn.


Tumpuan terhadap Ekin pastinya mengenai persiapan majlis perkahwinannya dengan Mawi tidak lama lagi. Que Haidar pula tentang cerita ting tong di satu majlis anugerah manakala Linda Onn pula tentang kekasih barunya selepas berpisah dengan Fahrin Ahmad.


"Saya tak nak komen pasal cerita gosip itu tapi kalau hendak cerita tentang restoran Asam Pedas baru saya tu OKlah," kata Linda. Petang itu Linda menjadi hos bersama pelakon kacak, Awal Ashaari.


Mengulas mengenai kehadiran ramai sekali tetamu pada majlis berbuka puasa itu, Linda berkata, ia membuktikan satu kejayaan buat Astro.


"Gembira sungguh saya melihat suasana pada hari ini. Ada orang korporat, artis, wartawan dan tetamu istimewa, anak-anak yatim. Ini masanya untuk berjumpa dengan kawan-kawan sambil bertanya khabar sambil bermaaf-maafan," kata Linda.


Majlis itu turut diserikan dengan persembahan artis Marhaban di Astro seperti Mawi, Zahid, Nubhan, Hazama, Toi, Zainal Alam, Farish, Idayu, Farhan, Edlin, Akma, Farah dan Nora.


Antara lagu yang dipersembahkan mereka ialah Andai Ku Tahu daripada Nubhan, Ya Salam & Cinta Medina (Mawi), Ku Berlari (Zahid, Is, Toi & Hazama) serta Untuk Sahabat (Farah, Edlin, Idayu, Akma, Farhan & Nora) selain lagu Hitam Putih Kehidupan dan Bukan Kerana Nama.


Turut kelihatan di majlis itu adalah semua 'orang kuat' Astro termasuk pengurus-pengurus semua saluran seperti Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro Ceria dan Astro Kirana serta ramai pihak pengiklan yang sentiasa menyokong saluran satelit negara itu.

Tiada ulasan: